Sunday, February 28, 2010

Sistem pendidikan awal negara: inovasi atau punca masalah. Bahagian 1

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, system pendidikan awal sekolah rendah telah melalui perubahan yang begitu ketara berbanding tahun tahun sebelumnya. Hal ini berlaku kerana kerajaan memikirkan bahawa perubahan perlu dilakukan bagi memastikan impian mencapai negara maju menjelang 2020 mampu dicapai.Cadangan demi cadangan diperkenalkan bagi penambah baikan kedalam sistem pendidikan awal negara. Malangnya perubahan yang diinginkan itu sebenarnya telah membawa pelajar tersasar dari landasan yang diinginkan.



Berbanding dengan sistem pendidikan sekolah pertengahan (menengah), ianya tidak mengalami perubahan drastik sejak ianya mula diperkenalkan setelah sijil pelajaran Malaysia (SPM) menggantikan Malaysia certificate of education (MCE) yang diasaskan oleh bekas penjajah negara iaitu British dalam era 70’an. Jika dibandingkan subjek yang diambil pada tahun 2000 ke atas dan diantara tahun 1980 sehingga 2000, ianya langsung tiada beza yang ketara. Yang ada Cuma penambahan subjek bahasa inggeris untuk sains (English for science and technology, EST). Begitu juga dengan system penggredan, ianya hanya sekadar bertukar dari pada system pangkat 1,2,3 kepada jumlah skor A yang diperolehi. Tiada perubahan langsung dengan silibus yang diambil.

Mengapa perlu ada perubahan

Persoalan timbul, mengapa sekolah rendah sahaja yang perlu dirombak sehingga pelajar dibebani dengan jumlah berat buku melampau yang terpaksa dipikul kesekolah setiap hari? Mengapa pelajar seawal darjah satu sudah mula dibebani dengan kelas-kelas tusyen yang kononnya ingin membantu pelajar memahami subjek dikelas. Tidak cukup dengan kaedah pembelajaran yang membosankan dikelas, ditambah pula dengan desakan ibubapa yang menghantar mereka kekelas tusyen. Apa semua ini?
Adakah ini caranya rakyat jepun ataupun mana-mana negara maju didunia ini mendapat pendidikan awal dinegara mereka?
Mengapa pula sekolah menengah hampir langsung tiada perubahan ketara? Adakah ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan menengah negara telah mencapai standard antarabangsa yang boleh diterima pakai oleh semua universiti diseluruh dunia?


Adakah sistem pendidikan awal dahulu tidak mampu untuk melahirkan barisan kepemimpinan yang hebat? Atau pun melahirkan lapisan masyarakat yang jauh dari masalah sosial yang ketara?
Kalau inilah jawapannya, maka ianya sesekali tidak benar.
Lihat sahaja barisan kepimpinan negara, mereka semuanya lahir daripada sistem pendidikan awal yang dahulu. Begitu juga dengan golongan cendiakawan lain samaada tokoh sasterawan ataupun pakar ekonomi. Tun Mahathir Mohamad sendiri pastinya lahir dari sistem pendidikan ini, begitu juga tokoh sasterawan A.samad Said atau pun Allahyarham Usman Awang. Mereka ini juga lahir dari sistem pendidikan terdahulu. Begitu juga Allahyarham Tan sri Yahya Ahmad, tokoh usahawan yang berjaya membawa imej korporat negara dipersada dunia. Sehinggakan beliau mampu untuk menjadi tuan kepada bekas penjajah negara dimana beliau melalui PROTON Holdings berjaya menguasai saham majoriti di dalam syarikat automobile terkemuka British, Lotus Group. Begitu jugalah halnya dengan bidang persukanan negara. Lihatlah bagaimana boleh lahir barisan pemain bola sepak yang bukan sekadar juara kampung, malah menjadi gergasi bolasepak dirantau nusantara ini.


Bersetuju untuk berubah

Sememangnya sistem pendidikan itu perlu selari dengan perubahan kemodenan masa kini. Kehadiran komputer sebagai alat bantuan mengajar serta kemudahan internet untuk mendapatkan maklumat tidak perlu dipertikaikan. Begitu juga halnya dengan penguasaan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan global. Ini semua sememangnya cabaran alaf baru bagi semua negara di dunia ini.



‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, peribahasa melayu ini sudah sinonim dengan semua lapisan masyarakat di Malaysia ini. Maka disitulah lahirnya berbagai-bagai idea yang dicampak terus kedalam silibus sistem pendidikan awal negara tanpa memikirkan semasak-masaknya bagaimana ingin menerapkan kedalam budaya dan cara hidup orang Malaysia itu sendiri.





Sebenarnya, sejak 10 tahun terakhir inilah berlakunya masalah yang begitu ketara dikalangan pelajar berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Peningkatan jenayah dikalangan pelajar serta masalah sosial yang seperti tidak dapat dikawal berlaku dimana-mana jenis sekolah. Samaada di kota atau nun jauh di desa. Semuanya menghadapi trend permasalahan yang hampir serupa.
Dadah bukan sahaja menjadi masalah mereka yang diluar sekolah, malah sudah terbukti dengan pengakuan seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai ‘ice girl’ menjual syabu (dadah generasi baru yang lebih berbahaya) didalam sekolah. Pengakuan beliau direkodkan didalam majalah MASTIKA.
Itulah juga yang dihadapi oleh pelajar dikampung saya, nun 400km dari ibukota Kuala Lumpur di sebuah Felda di Johor. Dahulunya dadah berlaku dikalangan mereka yang ketinggalan sekolah, sekarang mereka yang berbaju sekolah terjebak sama. Kenapa? Mengapa? Semua ini berlaku….



Tidak dinafikan, cabaran sosial pelajar alaf baru begitu berbeza dengan mereka yang hidup sebelum zaman internet, facebook dan telefon bimbit 3G wujud. Tetapi tidak kah wujud keseimbangan dari segi perkembangan keintelektualan dikalangan pelajar yang hidup dalam dunia serba moden ini? Walaupun mereka menghadapi persoalan ini, mereka juga telah didedahkan awal tentang permasalah mendatang. Jadi di mana silapnya.

bersambung ke bahagian 2

1 comment:

  1. bro..

    sistem pendidikan sekarang hanya bermatlamat untuk MENYEDIAKAN PEKERJA MAHIR pada kapitalis industri. FULL STOP...

    bukan utk membantu menyerlahkan kemampuan diri...

    ReplyDelete