Sunday, November 22, 2009

Anak-Anak: ilmu penting bagi ibubapa

Sabda Rasullullah SAW:
"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ungkapan diatas sudah tidak perlu dijelaskan lagi, acapkali kita dengar ianyanya diulang-ulang didalam setiap ceramah ataupun program motivasi. Rasullullah telahpun berpesan lebih 1500 tahun dahulu, namun adakah kita telah mengambil pelajaran daripadanya?

Memandangkan saya telah mempunyai 3 orang anak; 6 bulan, 2tahun 2 bulan dan 3thn 6 bulan, maka saya mula melihat ianya sebagai satu tanggungjawab yang perlu dijalankan dengan baik.

Mempunyai 3 orang anak yang umur bezanya dekat ini sememangnya cabaran yang besar. Lebih-lebih lagi bila duduk dikawasan lembah klang. Namum saya tetap bersyukur, kerana Allah tetap mempermudahkan bagi saya memjaga anak-anak.

Kami suami isteri berkerjaya, anak-anak pula dijaga sepenuhnya oleh kami. Orang tua sudah uzur, maka kamilah yang perlu menghadapinya sendiri. Tidak perlu harapkan orang lain, kita mesti sabar menghadapi ujian ini. Semoga Allah memberikan kita ganjaran didunia maupun diakhirat kelak...
Ingin dapatkan pembantu rumah?
Isteri kata, privacy terganggu.. bukannya kami tidak pernah ada maid, tapi itulah masalahnya... malah kita tidak yakin, apa yang membentuk keperibadian anak-anak kita nanti. Duduk dibandar nie, rumah besar manalah... kalau kedapur tuh boleh berlaga punggung... jadi akhirnya kami memilih untuk menghantar semua anak-anak kenusery...

masalah anak-anak
anak pertama lelaki, kedua perempuan dan ketiga lelaki..
nama abang:harith, kakak: dhia, dan adik: hafiz






balik saja daripada nusery, mereka mula buat hal.... betul2 ingin menguji kesabaran ibu dan ayah mereka... tiap-tiap hari macam tuh..
jadi memang agak sukar kepada isteri saya bila dia seorang saja yang handle semua nie ketika saya outstation... mana taknyer, kita balik pun dah lapar nak masak diaorang pulak 'berperang'.. tak pun 'kerjakan' baby plak...
fuhhh...memang sakit kepala..
nak makan kat luar pun susah jugak. Macamana nak bawak 3 orang anak sekali gus kalau sorang2.. yang baby nak kena dukung, dua orang lagi belum cukup besar untuk jalan sendiri, fuhh... lagi satu makanan kat luar tak sesuai untuk kanak-kanak esp. baby...
jadi kalau kita nak jaga makanan anak2 kita, kenalah kita masakkan untuk diaorang, lagipun akan ada keberkatannya kelak..
lagi satu, kalau kita ajar anak2 makan diluar kelak ia akan membina corak pemakanan yang tidak sihat kepada anak2 kita..

Si abang walaupun dah 3 tahun masih memerlukan kita untuk membantu dia apabila hendak berak dan kencing. Dia masih belum mampu untuk mencuci najis kencing dan berak sendiri. Almaklumlah, belum 'mumaiz' lagi, belum boleh membezakan antara baik dan buruk. Dia tau taik tu geli, tapi tak tau nak bersihkan sendiri.
Setakat nie dah 2 ke 3 kali si abang berak dalam seluar. Itu yang si ibu mengamuk sakan. Dia ada cakap nak berak, tapi dah lambat...so alamat taik parking dalam seluar... taik dia pun dah macam orang dewasa, pasal semua benda dah boleh makan..
yang terbaru dia berak dalam seluar lagi... yang nie dia langsung tak cakap kat ibu dia.. tau2 dia dah pakai seluar adik dia.. bila dia dah berak dalam seluar, dia cuba nak cuci sendiri (mungkin takut kena marah kot..), lagi haru di buatnya....
abis taik bersepah-sepah dalam toilet pasal dia nak cuci sendiri...fuhhh..
bila dekat dengan dia, ada bau taik lagi... rupanya cuci tak bersih, taik melekat lagi kat bontot...iskk iskkk...

No comments:

Post a Comment