Monday, March 14, 2011

PISANG TANDUK - WEEK NO.7

Gambar pisang nie lebih kurang dalam week no.7, lebih kurang 5 mac 2011 gambar ni...baru hari nie aku sempat nak upload gambar nie. Sibuk sket pasal aku pindah opis baru..kene buat renovation lagi, masuk aircond, meja dan sebagainya..
Since yang terakhir aku pegi hingga aku datang kali nie, takder hujan langsung!! fuhhh aku tengok memang dah kering sesangat tanahnya...baik tak mati pisang pisang aku. Tapi pisang2 nie macam terhenti sementara untuk membesar, endon2 yg keje kat kebun aku tu cakap kalau air cukup pisang lagi tinggi..sebelum ni memang aku dah baja, tapi aku tengok baja tu masih ada kat pangkal pisang lagi...tak meresap dalam tanah lagi, pasal takder air..aku cuma mengharapkan hujan rahmat dari yg Esa sahaja...nak siram??? pakai ape??
5 ekar tu besar...nak pam pun elektrik takder, so berdoa jerlah...
bila kita buat keje sendiri nie, rasanya kita akan lebih banyak berdoa pada tuhan.....pasal semua benda kita buat sendiri. Bila keje dah siap, kita akan mintak bayaran...so kita pun berdoa,'ya Allah bukakanlah hati si polan ini untuk bayar kerja aku'....bila kita hantar hasil kerja pada client kita, maka kita pun berdoa,'ya Allah Kau lapangkanlah dada si polan untuk menerima hasil kerja aku'...kalau kita menunggu pelanggan datang kedai kita plak, kita pun berdoa,'ya Allah kau bukankanlah hati2 orang ramai untuk berkunjung kekedai aku ini',....dan begitu juga aku,' ya Allah kau turunkanlah air secukupnya untuk tanaman ku membesar sehingga mengeluarkan hasil yang banyak, kau jauhkanlah tanaman aku daripada haiwan perosak dan segala jenis penyakit..', begitulah keadaan orang yang ingin jadi usahawan....
setiap kejayaan kita bukanlah kerana kita pandai, hebat, kuat dan sebagainya...kejayaan kita adalah Pertolongan dan KehendakNya...maka banyaklah bersyukur dan bertawakkal kepada Ilahi...
Aku jadi risau bila endon tu cakap takde hujan sejak kali terakhir aku sampai...maknanya nak dekat 3 minggu tak ujan tuh...bila aku tanya pakcik aku kat kat felda tuh, dia kata ada hujan...tapi rupnya hujan tuh tak sampai kebun aku...isk isk...
Maka dalam hati aku pun terus lah berdoa semoga hujan lebat turun membasahi bumi kebun aku tuh...aku tengok langit macam dah gelap...walau pun memang panas tengah hari tuh...aku harap2 hujan lah....
Aku tengok langit makin gelap, tapi awan tuh macam ketempat lain plak...ya Allah kau turunkanlan hujan kat kawasan kebun aku nie...doa aku makbul petang tuhh...
hujan turun petang tuh...alhamdulillah...
maknanya, macam aku kena kerap duduk dalam kebun jerr...baru hujan nak turun kot...isk iskk
Kini, pagar telah sepenuhnya. Pagar nie ade 2 protection..pertama kawat berduri yg dipasang 3 baris dan kedua, Netting yang hitam tuh..macam kat nursery tanam bunga tuh...Kawat berduri tu unttuk menghalang lembu daripada masuk kekebun. Begitu juga binatang lain seperti babi dan landak. Netting hitam tu sebenarnya hanya untuk menghalang binatang sepertii babi dan lembu daripada dapat melihat apa benda yg ada dalam kebun, pasal kalau diaorang nampak, binatang2 tuh akan berusaha juga nak masuk..walaupun ada rintangan dihadapan...so bila tak nampak maka binatang tuh pun akan berlalu pergi...kalau binatang tuh tersentuh kawat berduri, mereka akan menjauhkan diri.
Maka sebelum balik aku kiralah kos dengan endon yg kerjakan kebun aku tuh..tup tup total upah diaorang dengan sebahagian benih adalah RM3,350...
Aku rasa total aku dah kuar setakat nie lebih kurang RM12,000...Semoga Allah memberikan pulangan daripada usaha aku nie kelak...amin
Target aku cost keseluruhan tak melebihi RM15 ribu....

Thursday, February 17, 2011

PISANG TANDUK - WEEK NO.4

Alhamdulillah...anak pokok pisang dah semakin kelihatan. Tinggi lebih kurang 20-40cm.Tapi masih ada juga yang tingginya hanya mencapai 10cm. Tapi secara purata hampir 100 peratus anak pokok pisang berjaya hidup. Sebenarnya ianya banyak dibantu oleh hujan yang berterusan sebelum ini. Dimana Johor dilanda banjir yang agak besar.
Anak pokok pisang nie bercambah dari pangkal anak pokok yang ditanam secara baring pada awalnya. Jadi anak pokok baru yang keluar ini akan lebih sekata ketinggiannya dan juga ketika berbuah kelak.

Kelihatan dari jauh kehijauan anak pisang dapat dilihat dengan jelas, berbanding pada minggu ke-2. Pada minggu ke-2 langsung tidak nampak kelibat anak pisang yang baru 'menetas' dari pangkal pokok anak benih...
cuma kalau dilihat, memang agak kelayuan dan juga macam melecur daun anak pisang nie disebabkan oleh hujan yang tak turun selama 4 hari..Semoga Allah turunkan hujan yang mencukupi untuk anak-anak pisang ini membesar...ameenn..
Baja dah mula kena tabur..hari ni kena beli 4 beg baja jenis N-P-K (15:15:15). N bermaksud Nitrogen, P bermaksud Phosphorus dan K bermaksud Potassium. N gunanya untuk akar membesar, P untuk batang pokok dan K untuk pertumbuhan buah. Pada ketika ini semua unsur akan diberi secara sama rata. Tapi nanti ketika nak berbuah, K itu akan ditingkatkan sehingga 17. Setiap beg dibeli dgn harga RM102, dan upah baja RM200. Ada juga baja yang lebih mahal sehingga RM120 setiap beg. Tapi jangan guna baja yang harga RM65, pasal tu baja jenis campuran (mixture). Yang aku guna nie adalah jenis sebatian ataupun 'compound'. Baja compound ini lebih berkesan.

Sunday, January 30, 2011

PISANG TANDUK - WEEK NO.2


Pokok pisang sudah berumur lebih kurang 1 minggu lebih. Tapi gambar nie dah 2 minggu lepas...so maybe skang nie dah besar sket...aku sebulan sekali jer balik, kat sana ada pakcik yg uruskan...aku tunggu pokok tu tinggi lebih kurang 1-2 kaki, baru nak baja...
kos baja nie, aku anggarkan rm700-rm1000 sebulan untuk 5 ekar nie...tp tengok lah nanti berapa kos sebenar...
alhamdulillah..skang nie musin ujan, so harap cepatlah pokok aku membesar dengan sihat...


Gambar dari jauh nie, tak nampak anak pokok pisang. Pasal anak pokok tuh cuma 2-3inci jer dari paras tanah...dah lah tanah tuh baru kena 'pelau' (bermaksud menggemburkan tanah) so, tak rata...kos memelau nie jer abis rm5000..atau lebih kurang rm1000/ekar...ia jadi mahal pasal aku terpaksa kena tolak bersihkan anak2 pokok sebelum pelau tanah sebanyak 2 kali dilakukan..
pagar juga telah dipasang, dawai berduri dan tiang yg dipacak dengan jarak lebih kurang 10 kaki...kos pagar nie pun boleh tahan mahal...bayangkanlah 5 ekar..keliling...ntah berapa km agaknya...kos nie pun aku habis around rm5000 termasuk upah pasang...fuhhhh sakit kepala...
sebenarnya, kawasan 5 ekar nie terpisah 2 kawasan...so terpaksa memagar keliling untuk lebih kurang 3ekar dan 2 ekar...so tu yg buat mahal tuh...kalau 5 ekar setempat mungkin tak semahal nie..



gambar untuk plot yg lagi satu...


view jauh...

Wednesday, January 26, 2011

PROJEK TANAM PISANG


Tahun 2011 nie nak buat projek tanam pisang tanduk. Harap-harap menjadilah kali nie...
ade lebih kurang 5 ekar tanah kat johor. Pakcik tolong tengokkan, then suruh endon tanam dan kerja2 lain...
Idea nie terpikir setelah usaha lain bertani aku gagal..so cuba plak yang risiko dia rendah, tapi pulangannya juga rendah dan time framenya juga agak panjang..tapi projek seperti ini jarang kali gagal. So, nak cuba approach yang macam nie plak..


Nak tanam pisang pun kena ada ilmu jugak..so puaslah baca internet dan blog orang lain tanam pisang....nampaknya pisang tanduk yg terbaik untuk aku, pasal marketnya dah ready kat kawasan tersebut...lagipun kalau nak bawak kl pun lagi bagus, pasal harga lagi tinggi...gunakan jerlah kuda aku yang setia pada tuannya..MITSUBISHI TRITON aku tuh...



citer pasal triton aku nie, aku rasa puas hati lah pakai...aku dah 3 tahun dah mileage pun lebih 180,000km memang takder masalah...laju pun laju..aku pernah 2,3 kali bawak sampai abis meter..200km/j!!! fuhhh time tuh malam, aku bawak anak aku sulong balik kota tinggi...camry pun maksimum 200kmj jer...so bolehh cucuk angin...tapi tak berani lah skang nak bawak laju2...takat 160km/j jer kalau kat highway..
kete 4x4 nie mantenance agak mahal berbanding kete...pasal tayar sebijik jer dah rm500, yg paling murah rm350 sebijik...minyak itam 2 tong, every 40,000 kena tukar macam2 minyak...pasal dia 4x4 ader 2 gearbox..dan jugak sistem rear axel tuhh...
tapi dah beli, gunakan maksimum lah...
kete nie memang aku selalu masuk site, esp bila aku pergi buat site audit...then bawak juga simen, batu, tile dan sbagainya...

Tuesday, May 25, 2010

Sistem Pendidikan Awal Negara: "School kill creativity".Bah.3

Percayakah anda, apabila saya mengatakan bahawa sistem persekolahan awal yang anak-anak kita lalui sekarang ini membunuh kreativiti mereka?

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, kreativiti ditakrifkan sebagai kemampuan(kebolehan) mencipta, daya kreatif.
Menurut Sir Ken Robinson yang mana beliau mengetuai "The British government's 1998 advisory committee on creative and cultural education programme" berkata;
"Creativity is a process of having original ideas that have value nor often than not, comes about through the interaction of different disciplinary way of seeing things"
Atau, anda boleh memberi tafsiran sendiri berkaitan kreativiti.

Tetapi saya pula mentafsirkan kreativiti adalah, "beraktiviti".
Tanpa beraktiviti, kretiviti tidak dapat dihasilkan. Dan 'beraktiviti' itu tidak akan berjaya jika kita tidak melalui proses aktiviti itu sendiri.


Sebagai contoh, jikalau seorang perompak ingin merompak emas didalam sebuah bangunan yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan dan juga alat penggera keselamatan yang canggih, beliau mestilah menjadi seorang yang amat kreatif bagi menjayakan misinya. Cuba lihat cerita yang berjudul' Italian job', bagaimana cerita itu memaparkan perlakuan perompak-perompak yang cukup kreatif bagi menjayakan misi mereka.

Sesungguhnya kreativiti itu bukanlah sebuah anugerah. Tetapi ia adalah hasil dari sebuah proses yang dilalui oleh seseorang. Malah kreativiti itu boleh dipupuk, kerana kreativiti itu bersifat dinamik dan tidak statik.
Cuba lihat bait-bait lagu kumpulan nasyid Raihan, "iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa, ia tak dapat dijual beli, ia tiada ditepian pantai...."
Begitu juga dengan kretiviti, ia tidak dapat diwarisi begitu sahaja dan ia tidak ada dijual di kedai-kedai mahupun di pasaraya besar.



Sebagai contoh, seorang tukang kayu yang mahir tidak akan dapat mewariskan kemahiran yang ada padanya kepada anakya tanpa anaknya melihat, belajar dan membuat sendiri ukirannya. Jikalau pengukir itu mempunyai anak, tetapi anaknya itu duduk dengan atuknya( sebagai contoh)yang berjauhan dengan ayahnya. Kemudian anaknya tidak pernah melihat kerja-kerja ayahnya, adakah anda yakin apabila ayahnya mati anaknya itu tiba-tiba jadi pandai mengukir dan boleh mewarisi perniagaan ayahnya? Sudah tentu jawapan tidak, bukan?


Cuba anda fikirkan, adakah sama seorang kanak-kanak yang bermain layang-layang dengan membelinya dikedai dengan kanak-kanak yang bermain layang-layang dengan hasil kerja tangannya sendiri??


Jawapannya, sudah tentu tidak kan??
Kenapa?
Kerana apabila seseorang itu melakukan kerja dengan tangannya, ini bermakna semua pancainderanya telah berkerja sekali. Seorang kanak-kanak yang sedang membuat layang-layangnya sendiri menjadikan otaknya berfungsi, matanya fokus, matlamatnya tetap, tangannya bergerak. Disitu ia perlu membuat banyak keputusannya sendiri seperti jenis rangka yang ingin digunakan, bentuknya, kekuatannya serta keseimbangannya. Malah dia perlu mengimaginasikan ataupun membayangkan layang-layang sedang terbang tinggi tanpa ada apa-apa masalah seperti hilang keseimbangan. Dan setelah ia siap, maka ia akan menerbangkannya..
didapati layang-layang itu hilang keseimbangan, maka ia akan menurunkannya dan akan membuat keputusan sendiri untuk membaiki layang-layangnya hasil dari pemerhatiannya tadi. Maka disinilah akan lahir generasi yang mampu berdikari, menganalisis serta berani membuat keputusan..
Tetapi satu aktiviti saja tidak mampu untuk melahirkan generasi yang kreatif. Proses itu perlu berterusan, berulang-ulang, dan konsisten. Hasilnya anda hanya boleh lihat 20 tahun kemudian. Sebenarnya contoh itu sudah boleh dilihat di Malaysia sendiri.


10 tahun lepas, Prof Emiritus Tan Sri Dato' Dr Lim Kok Wing ada mengatakan didalam akbar berita Utusan Malaysia. Beliau berkata,"mereka yang kreatif dikalangan pelajar yang belajar di kolej beliau iaitu kolej Lim Kok Wing, adalah dikalangan pelajar-pelajar berbangsa Melayu. Tetapi pelajar yang rajin ataupun 'hard working' adalah dikalangan pelajar berbangsa Cina"

Cuba anda renungkan, adakah kenyataan ini betul?
Saya amat bersetuju dengan kenyataan diatas. Orang melayu kalah dengan bangsa cina bukan disebabkan mereka lemah atau tidak kreatif, mereka kalah kerana mereka malas, tidak bersungguh dan konsisten. Pada tahun 2000, Ford malaysia ada mengadakan pertandingan mencipta kereta masa hadapan. Hampir semua universiti awam dan swasta pada ketika itu menghantar kumpulan mereka. Tahukah anda, mereka yang menang dari no.1 sehingga no.4 adalah mereka dari kumpulan pelajar melayu iaitu daripada Institut Teknologi Mara (ITM pada ketika itu)dari fakulti Senibina Industri (Industrial Design). Ini membuktikan bahawa pelajar melayu mempunyai kreativiti yang tinggi.

Dan 10 tahun dari sekarang, kita tidak akan dengar lagi atau amat sukar melihat pelajar-pelajar melayu yang kreatif. Bilangan mereka akan semakin berkurangan....kerana sistem pendidikan awal kita telah membunuh mereka.

Saya ingin kembali kepada kenyataan Dato' Lim, orang melayu kreatif kerana mereka berasal dari kampung (kebanyakan pada ketika dulu). Jadi norma kehidupan mereka juga adalah dikampung. Apa yang mereka lakukan ketika kecil? Percayakah anda, inilah yang telah membentuk mereka sehingga menjadi kreatif dan berani?
Cuba lihat dan analisa aktiviti-aktiviti mereka:
1.) Bermain layang-layang - saya telah menerangkan perkara ini di atas.
2.) Melastik burung
Aktiviti ini amat bagus kerana pertama, mereka sendiri kena membuat lastik tersebut. Mencari dan menentukan bahan yang sesuai dengan kekuatan masing-masing (ketika memotong tiub motor), menggunakan parang, gergaji serta pahat yang merbahaya (kerana tajam) untuk mebentuk pemegang lastik. Aktiviti ini semuanya melatih fokus, merancang dan sebagainya. Kedua, ketika melastik mereka perlu menentukan samaada ingin menggunakan anak batu ataupun bahan lain seperti biji kopi bagi mengelakkan burung cedera teruk. Sekali lagi mereka kena berfikir dan membuat keputusan sendiri. Ketiga, ketika melastik. Inilah klimak kepada proses diatas, kerana ketika melastik fokus amat tinggi sekali, serta perlu berani. Tiada kasihan lagi ketika ini, kerana keputusan telah dibulatkan. Ia seakan kejam, tetapi ia telah melatih kita menjadi matang. Saya ketika kecil dahulu, jika melastik dan burung itu hendak mati, maka saya akan sembelih terus. Sebab ustaz cakap boleh, macam kita memburu..

3.)Menangkap burung
Aktiviti ini melatih kita bersabar, tenang, berstrategi serta berani. Lokasi sasaran perlu tepat, masa sasaran juga perlu tepat serta jenis jerat dan umpan perlu diputuskan sebelum melaksanakan misi tersebut.

4) Memancing
Aktiviti ini juga sama seperti menangkap burung. Malah perlu lagi berani untuk meredah hutan dan belantara bagi mendapat lokasi terbaik. Ini semua menjadikan otak semakin ligat berputar.

5)Bermain bola
Main bola nie kira aktiviti hampir setiap harilah.. pulak tuh bermain kaki ayam. Ini melatih fizikal supaya lebih mantap.

6) banyak lagi aktiviti yang mungkin berbeza mengikut negeri dan kawasan. Contohnya kalau saya bermain getah gelang sepak, baling tin, ting-ting,polis sentri,rondus(macam main kriket, tak tau ejaan betul ape), tayar, gasing, rim basikal, mercun, meriam dan sebagainya.

Semua aktiviti itu dilakukan setiap hari sehinggalah mereka tamat umur persekolahan rendah.
Kemudian, mereka memerhatikan bagaimana keluarga mereka membesar dan bekerja. Kebanyakan mereka dikampung, ibu bapa mereka juga bekerja jenis kampung seperti petani (ayah saya penoreh getah)dan nelayan. Petani tengah hari dah balik rumah, berehat, makan tengah hari, pergi solat zuhor. Relaks sahaja mereka, tidak kelam kabut. Kalau hujan duduk sahaja dirumah, tak pergi kerja. Petang pula buat lagi kerja-kerja kampung yang boleh mendatangkan hasil seperti bercucuk tanam. Akhir bulan ker, awal bulan atau tengah bulan, sama sahaja.. tiada apa yang perlu dikejarkan sangat. Kerja macam santai, tiada due date. Tiada orang datang kejar hutang dan sebagainya..
Jadi itulah yang diamati oleh anak-anak mereka, buat kerja jika rajin..kalau malas lepak jer, ataupun lain kali..
Maka kanak-kanak ini membesar dengan mind set yang seperti ini, maka setelah mereka memasuki universiti, mereka akan melakukan perkara yang sama tanpa mereka sedar. Asal lulus sudah, tak perlu nak dapat first class.
Begitu juga ketika mereka bekerja atau bust business sendiri, mereka amat berlebih kurang tidak bersungguh-sungguh dan konsisten.

Sekarang, kila lihat bagaimana anak-anak cina membesar di pekan..
Mereka tidak beraktiviti seperti kanak-kanak melayu. Mereka hanya tertumpu kepada aktiviti sukan seperti basket ball, badminton dan bola sepak. Dan mereka membantu ahli keluarga mereka berniaga setiap hari. Kalau pun bapa mereka tidak berniaga, di sekeliling mereka adalah daripada mereka yang berniaga.
Bagaimana orang berniaga?
1)peniaga mempunyai waktu kerja yang tetap, mereka perlu memerlukan perniagaan seawal jam 8pg setiap hari. tidak kira hujan atau tidak
2) Perniagaan yang melibatkan tempahan pula, akan melibatkan due date dan ia mesti dipatuhi.
3)Peniaga akan sentiasa memeriksa untung dan rugi setiap hari. Mereka akan memastikan untuk hari ini mesti lebih besar daripada semalam.
4) Peniaga mesti disiplin, konsisten dan tak boleh main-main. tiada istilah berehat bagi seorang peniaga yang berjaya
5) Peniaga mesti mempunyai strategi perniagaan, bagaimana untuk bersaing dengan peniaga lain
6) Ketepatan masa sentiasa menjadi agenda penting bagi peniaga untuk berjaya

serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perniagaan.
Maka, anak-anak cina membesar dalam suasana yang sentiasa menekan mereka untuk terus maju. Mereka lebih bersistematik dan bekerja keras. Tiada masa untuk bersantai-santai atau lepak-lepak disimpang jalan atau parit. Tiada masa bermain gitar dan berfalsafah serta angan-angan kosong. Mereka lebih fokus dengan apa yang mereka lakukan. Mereka meletakkan target bagi setiap perkara yang mereka lakukan.


Apa yang saya tulis panjang lebar ini hanyalah pembuka kata kepada persoalan, bagaimana "sistem persekolahan rendah" kita pada hari ini membunuh kreativiti kanak-kanak. Saya menulis panjang tentang mukadimah tajuk ini supaya anda paham apa yang saya ingin sampaikan tentang nilai dan sejarah kreativiti. Ianya bermula seawal kanak-kanak pandai berjalan....

sambung dibahagian 2. "school kill creativity"

Thursday, May 13, 2010

Akhirnya terpaksa juga mendapatkan pembantu rumah

Apabila anak-anak semakin besar, maka ragam mereka pun semakin bertambah.. tambah lagi adik si kecik mula belajar jalan. Si kakak (no.2) semakin cemburu buta kepada adiknya, kerana merasakan dirinya tidak semakin disayangi. Ini kerana umurnya telah 2 tahun setengah, dia semakin pandai membezakan sesuatu perkara yang berlaku disekelilingnya..



Dengar kata kawan-kawan, anak no.2 biasanya yang paling sukar dikawal kerana lebih cemburu kepada adiknya dalam segala hal. Si abang tidak menghadapi masalah kerana dia telah pun memiliki adiknya(no.2) terlebih dahulu, maka hadir yang ke-3 tidak memberi kesan psikologi yang ketara kepadanya..
Sedangkan sikecil perlu didokong, disuapkan makanan dan dibantu dari segala hal...ini yang membuatkan kakaknya semakin geram.. Acap kali adiknya diketuk, ditolak, digigit, dan sebagainya oleh kakaknya. Maka disini ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar bagi menyeimbangkan 'ketegangan' diantara anak no.2 dan no.3

Untuk mengatasi masalah ini, kami terpaksa memilih untuk mengambil maid bagi memberi lebih masa kami kepada kakak(no.2), ini sebenarnya penting bagi memastikan perkembangan sihat psikologi untuk dirinya. Jikalau ibu bapa tidak memperdulikan hal ini, kelak ia dikhuatiri anak no.2 akan bersikap negatif seperti pendiam, pendendam, suka memberontak dan sebagainya.


Selain dari itu, maid juga diperlukan bagi kami kerana 'quality time' untuk anak-anak secara keseluruhan dapat digunakan dengan maksimum. Amat meletihkan, kerana balik dari kerja perlu menyiapkan kerja-kerja rumah pula seperti mengemas, membasuh, memasak dan melayan anak2... tu belum lagi masa untuk 'bersama' suami isteri..(kena paham sendiri lah... :)
Fuhhh.... memang tak cukup tangan dibuatnya, silap2 haribulan 'naik tangan' pula si suami dengan isteri dan anak2.. tapi kalau jarak umur anak jauh, mungkin masalah ini tidak seteruk mana.

Perlu saya tekankan disini, sepertimana tulisan saya sebelum ini berkenaan perihal kanak2... mereka semenangnya bersikap seperti orang dewasa, ingin memberi pendapat, ingin dihargai dan disayangi, inginkan kebebasan dan sebagainya..
saya nampak perkara ini berlaku dengan ketara kepada semua anak2 saya. Jadi apa yang kami lakukan ialah memberi pujian kepada anak2 dalam banyak hal.


Contohnya jika kakak berjaya pergi kencing ditandas, maka kami akan memberi pujian. contohnya katakan 'kakak hebat!! atau kakak pandai' dan sebagainya, dan bagi tepukan kepada si dia didepan abangnya. Kalau dia terkencing didalam seluar pula, jangan terus memarahinya membuta tuli, katakan degan perlahan bahawa kakak dah besar dan perlu pergi ketandas untuk kencing dan tak perlukan nappy lagi... dan katakan padanya untuk jadi hebat mesti kencing di tandas. Begitu jugalah kalau ada perkara2 yang baik dan buruk yang dilakukan oleh si abang..




Tetapi yang paling sukar bagi ibubapa adalah menghindarkan diri daripada memarahi anak membuta tuli... memang amarah kita kadang2 sukar dikawal dalam beberapa keaadaan seperti kita memang tengah tension (sebab masalah kerja, keluarga dsb) siadik pula menjerit-jerit pasal dikerjakan kakaknya, abang pula buat kerja yang memang 'mendidihkan' perasaan kita.. maka ketika itu syaitan pula menyucuk-cucuk perasaan kita, ditambah pula isteri lambat ataupun terlupa dengan pesanan kita...
MAKA...memang meletuplah gunung berapi yang kita cipta sendiri daripada kepala hotak kita sendiri....cuba lah anda renungkan sejenak skektsa diatas.....

saya pasti perkara ini berlaku kepada semua pasangan yang berkahwin, sebab itulah kita lihat perceraian boleh berlaku pada usia awal perkahwinan.. lebih2 yang berkahwin itu atas dasar suka sama suka, bile dah tak suka... blah lahh jawabnya...